Tuesday, January 11, 2011

Tugasan Minggu Ini: Pantang Larang Orang Melayu

Minggu ini kami belajar tentang pantang larang orang Melayu dahulu. Apa agaknya pantang larang ya?

Insyirah

Pantang Larang ialah cakapan orang Melayu dahulu untuk mendidik kanak-kanak kecil dan orang-orang muda.Contohnya:
Jangan duduk di atas bantal.

Apabila isteri sedang mengandung suami tidak digalakkan memancing.

Tidak boleh cepit kuku apabila waktu malam.

Tidak boleh menunjuk pelangi.

Muhd Hidhir & Danial Adam

Patang larang ialah kata orang melayu dahulu untuk menggalakkan kita membuat  perbuatan yang baik dan betul

Contoh pantang larang yang pernah kami dengar di  rumah ialah :Jangan duduk di atas bantal dan jangan keluar pada waktu maghrib.

Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.(dapatan dari wikipedia)

Fadhlyn

Pantang larang ialah untuk mendidik kanak-kanak dan orang-orang muda supaya menggalakkan perbuatan yang baik dan betul.

Contoh:
Jangan duduk di atas bantal.
Sebab: Nanti bisol.
Jangan tiarap.
Sebab: Emak mati cepat.
Jangan menyepit kuku pada waktu malam.
Sebab: Hantu akan datang.
Jagan tukar tempat duduk apabila sedang makan.
Sebab; Nanti kahwin banyak.
Jangan menyanyi di dapur.
Sebab: Kahwin dengan orang tua.
Dilarang bersiul di rumah.
Sebab; Nanti ular datang.

Tahiyah

pantang larang ialah untuk mendidik kanak - kanak  dan orang -orang muda apa yang baik dan betul.

contohnya:
jangan duduk atas bantal
jangan tiarap
jangan menyepit kuku apabila waktu malam
apabila isteri mengandung suami tidak boleh memancing
jangan tukar tempat duduk apabila sedang makan
jangan menyanyi di dapur
pantang bangun lewat,nanti sukar mendapat jodoh.(http://www.ehoza.com/)

No comments:

Post a Comment